Hari ini hari ke empat minggu anti dadah. Keadaan menjadi semakin sibuk terutama esok adalah hari penutupan rasmi. Kelihatan cikgu bertungkus lumus membungkus hadiah, memilih pemenang pertandingan mewarna dan melukis poster. Menanda kertas essei anti dadah. Menyiapkan buku program, dewan, mengemaskini sudut PPda dan lain-lain. Memang letih tapi yang penting kita seronok bekerja.
Aktiviti pagi ini seperti biasa ialah mesej 5 minit anti dadah. Penyampai ialah Cikgu Abd Halim. Tajuk : Akibat Dadah kepada kesihatan diri.
Ringkasan : Akibat kepada kesihatan adalah seperti berikut 1. Melemahkan tenaga dan menjadi malas. 2. Boleh melemahkan tenaga batin hingga tak dapat dipulihkan 3. Kemungkinan menjadi mandul adalah cerah. 4. Merosakkan fikiran dan menjadi tidak siuman 5. Menyebabkan pitam, pengsan atau tidak sedarkan diri. 6. Menyebabkan penyakit pedih hati dan sakit perut. 7. Menimbulkan perasaan untuk bertindak ganas yang bolehmenghilangkan maruah 8. Membawa ketagihan yang berlebihan untuk mententeramkan diri, dan jiwa yang tidak dapat dadah yang dikehendaki akan melibatkan kerosakan jiwa dan tenaga fizikal. 9. Membawa maut sumber: Buku perlaksaan Cuma 5 minit Anti Dadah di sekolah.
Aktiviti minggu PPDa Hari ini. Bacaan Ikrar Dadah oleh semua guru dan murid Mesej 5 minit Antidadah Senamrobik Pertandingan melukis poster dan mewarna
Seronok bersenamrobik
Permandangan dari atas
Ini bersenam ke berjoget
Cikgu Iswandi..pakar senamrobik
Mesej 5 minit Dadah Penyampai Cikgu Ahmad Sokri Tajuk : Dadah dan ciri-cirinya
Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut.
1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf tunjang. 2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan adalah dilarang 3. Diperolehi secara haram 4. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah 5. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
Oleh itu, pastikan diri anda tidak terlibat dengan dadah. Jika anda terlibat bererti anda akan menderita sepanjang hayat.
Mesej 5 minit anti dadah Tajuk : Kesan dadah Penyampai : Cikgu Zaki
Penuh semangat: Cikgu zaki menyampaikan mesej anti dadah bertajuk , Kesan dadah pada masyarakat
Pemimpin Pelajar mengetuai Lafaz Ikrar Anti Dadah
Ikran Anti Dadah oleh semua murid.
Ringkasan mesej 5 minit anti dadah : Sumber : Buku Cuma 5 minit Anti Dadah
Penyampai : Cikgu Zaki
Tajuk : Akibat Dadah Terhadap Masyarakat
Akibatnya adalah seperti berikut.
1. Kejadian jenayah yang berleluasa 2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara keluarga dan keluarga yang lain. 3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat 4. Menimbulkan kecurigaan ibu bapa terhadap anak-anak. 5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum 6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan kepada agama 7. Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan 8. Membebankan daripada segi kos pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan.
Perhimpunan Khas Sempena Minggu Anti Dadah. Aturcara : 1. Ucapan Pengacara Majlis ( Guru Bertugas- Puan Siti Zainah) 2. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tuan Guru Besar 3. Nyanyian Lagu Tema PPDa dan Lagu Anti Dadah 4. Gimik Anti Dadah - penerangan di sebalik gimik oleh pengacara majlis. 5. Ikrar Anti Dadah oleh Ketua Murid
Pengacara Majlis Sedang Menjalankan Tugas
Tuan Guru Besar Sedang Membaca Perutusan Menteri Pelajaran
Gimik Anti Dadah. Penuh Simbolik. Menandakan Pelancaran Minggu Anti Dadah Secara Rasmi.
Taklimat pelancaran minggu anti dadah kepada semua guru diadakan di bilik gerakan. Minggu anti dadah akan diadakan bermula Isnin ini sehingga hari Jumaat.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah: 1. Bacaan perutusan dari YAB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia. 2. Ikrar anti dadah 3. Gimik 4. Pertandingan Menulis esei Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris 5. Pertandingan Menulis Puisi 6. Pertandingan Mewarna Tahap 1 7. Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 8. Pertandingan buku Skrap 9. Kuiz Anti Dadah 10. Tazkirah Anti dadah 11. Mesej 5 Minit - dadah 12. Ceramah Anti Dadah 13. Melancarkan Blog PPDa-skj12 14. Penambahbaikkan sudut PPDa