Sejarah PPda

Ads 468x60px


Khamis, 3 November 2011

Ceramah Anti Rokok dan Antidadah

Hari ini aktiviti tahun 6 ialah ceramah dari AADK.
Ianya disampaikan oleh En mohd Nawawi Bin Haji Masrol, Pembantu antidadah dari Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Maran.










Sabtu, 28 Mei 2011

1 Malaysia Membanteras Dadah

1 Malaysia Membanteras Dadah

Rabu, 25 Mei 2011

Sejarah PPDa

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.

Pemantauan PPda oleh Pegawai PPDa Maran

Hari ini sekolah telah dilawati oleh Pegawai PPDa, PPD Maran, En Mohd Jasmi Bin Jaafar.
Terima kasih diucapkan atas pemantauan yang dibuat.
Semoga pemantauan yang dibuat akan memberi idea kepada sekolah dalam memperkemaskan lagi PPda sekolah.

Terima kasih diucapkan.

Isnin, 7 Mac 2011

Lama Betul Tak Update

Lama betul dah tak update blog PPDa Ni.
Ingat nak start semula. Tak tahulah berapa lama.

Apapun hari khamis ni kena pergi PPD, ada seminar PPda kat sana.

Tengoklah, apa maklumat yang boleh dimasukkan dalam blog ini.

Jumpa lagi.

:-)

Jumaat, 6 Mac 2009

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah

Majlis penutupan oleh Tuan Guru Besar.
Kuiz terbuka dikendalikan oleh Cikgu Zaki dan Cikgu Iswandy.
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Sabri.

Khamis, 5 Mac 2009

Program Hari Ke 4

Hari ini hari ke empat minggu anti dadah. Keadaan menjadi semakin sibuk terutama esok adalah hari penutupan rasmi. Kelihatan cikgu bertungkus lumus membungkus hadiah, memilih pemenang pertandingan mewarna dan melukis poster. Menanda kertas essei anti dadah. Menyiapkan buku program, dewan, mengemaskini sudut PPda dan lain-lain. Memang letih tapi yang penting kita seronok bekerja.

Aktiviti pagi ini seperti biasa ialah mesej 5 minit anti dadah. Penyampai ialah Cikgu Abd Halim. Tajuk : Akibat Dadah kepada kesihatan diri.

Ringkasan : Akibat kepada kesihatan adalah seperti berikut
1. Melemahkan tenaga dan menjadi malas.
2. Boleh melemahkan tenaga batin hingga tak dapat dipulihkan
3. Kemungkinan menjadi mandul adalah cerah.
4. Merosakkan fikiran dan menjadi tidak siuman
5. Menyebabkan pitam, pengsan atau tidak sedarkan diri.
6. Menyebabkan penyakit pedih hati dan sakit perut.
7. Menimbulkan perasaan untuk bertindak ganas yang bolehmenghilangkan maruah
8. Membawa ketagihan yang berlebihan untuk mententeramkan diri, dan jiwa yang tidak dapat dadah yang dikehendaki akan melibatkan kerosakan jiwa dan tenaga fizikal.
9. Membawa maut sumber: Buku perlaksaan Cuma 5 minit Anti Dadah di sekolah.