Sejarah PPda

Ads 468x60px


Jumaat, 6 Mac 2009

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah

Majlis penutupan oleh Tuan Guru Besar.
Kuiz terbuka dikendalikan oleh Cikgu Zaki dan Cikgu Iswandy.
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Sabri.

Khamis, 5 Mac 2009

Program Hari Ke 4

Hari ini hari ke empat minggu anti dadah. Keadaan menjadi semakin sibuk terutama esok adalah hari penutupan rasmi. Kelihatan cikgu bertungkus lumus membungkus hadiah, memilih pemenang pertandingan mewarna dan melukis poster. Menanda kertas essei anti dadah. Menyiapkan buku program, dewan, mengemaskini sudut PPda dan lain-lain. Memang letih tapi yang penting kita seronok bekerja.

Aktiviti pagi ini seperti biasa ialah mesej 5 minit anti dadah. Penyampai ialah Cikgu Abd Halim. Tajuk : Akibat Dadah kepada kesihatan diri.

Ringkasan : Akibat kepada kesihatan adalah seperti berikut
1. Melemahkan tenaga dan menjadi malas.
2. Boleh melemahkan tenaga batin hingga tak dapat dipulihkan
3. Kemungkinan menjadi mandul adalah cerah.
4. Merosakkan fikiran dan menjadi tidak siuman
5. Menyebabkan pitam, pengsan atau tidak sedarkan diri.
6. Menyebabkan penyakit pedih hati dan sakit perut.
7. Menimbulkan perasaan untuk bertindak ganas yang bolehmenghilangkan maruah
8. Membawa ketagihan yang berlebihan untuk mententeramkan diri, dan jiwa yang tidak dapat dadah yang dikehendaki akan melibatkan kerosakan jiwa dan tenaga fizikal.
9. Membawa maut sumber: Buku perlaksaan Cuma 5 minit Anti Dadah di sekolah.

Rabu, 4 Mac 2009

Aktiviti Hari Ke-tiga

Aktiviti minggu PPDa Hari ini.
Bacaan Ikrar Dadah oleh semua guru dan murid
Mesej 5 minit Antidadah
Senamrobik
Pertandingan melukis poster dan mewarna



Seronok bersenamrobik



Permandangan dari atas




Ini bersenam ke berjoget



Cikgu Iswandi..pakar senamrobik


Mesej 5 minit Dadah
Penyampai Cikgu Ahmad Sokri
Tajuk : Dadah dan ciri-cirinya

Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut.

1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf tunjang.
2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan adalah dilarang
3. Diperolehi secara haram
4. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
5. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial

Oleh itu, pastikan diri anda tidak terlibat dengan dadah. Jika anda terlibat bererti anda akan menderita sepanjang hayat.

Selasa, 3 Mac 2009

Bacaan Ikrar

Mesej 5 minit anti dadah
Tajuk : Kesan dadah
Penyampai : Cikgu Zaki




Penuh semangat: Cikgu zaki menyampaikan mesej anti dadah bertajuk , Kesan dadah pada masyarakat



Pemimpin Pelajar mengetuai Lafaz Ikrar Anti Dadah



Ikran Anti Dadah oleh semua murid.


Ringkasan mesej 5 minit anti dadah : Sumber : Buku Cuma 5 minit Anti Dadah

Penyampai : Cikgu Zaki

Tajuk : Akibat Dadah Terhadap Masyarakat

Akibatnya adalah seperti berikut.

1. Kejadian jenayah yang berleluasa
2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara keluarga dan keluarga yang lain.
3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat
4. Menimbulkan kecurigaan ibu bapa terhadap anak-anak.
5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum
6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan kepada agama
7. Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan
8. Membebankan daripada segi kos pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan.

Isnin, 2 Mac 2009

Pelancaran Minggu Anti Dadah

Perhimpunan Khas Sempena Minggu Anti Dadah.
Aturcara : 1. Ucapan Pengacara Majlis ( Guru Bertugas- Puan Siti Zainah)
2. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tuan Guru Besar
3. Nyanyian Lagu Tema PPDa dan Lagu Anti Dadah
4. Gimik Anti Dadah - penerangan di sebalik gimik oleh pengacara majlis.
5. Ikrar Anti Dadah oleh Ketua Murid





Pengacara Majlis Sedang Menjalankan Tugas



Tuan Guru Besar Sedang Membaca Perutusan Menteri Pelajaran




Gimik Anti Dadah. Penuh Simbolik. Menandakan Pelancaran Minggu Anti Dadah Secara Rasmi.




Murid Khusyuk Mendengar Bacaan Perutusan



Benci Dadah...Mulakan membenci rokok